|
|
| Testimonial Peserta |
HIDUP SAYA TELAH BERUBAH - PESERTA ROZILA NAWAWI
Apa khabar DR?
Antara ribuan anak didik Dr, saya masih berharap Dr masih mengingati saya. Kalau Dr tak ingat, nanti saya buat alpha supaya Dr ingat ye, hehee...
Okey, Sebenarnya sy mengambil kesempatan kat sini untuk berbicara & bkongsi secara peribadi tentng bebrapa perkara dgn Dr.
Bukan sekadar testimoni, tapi lebih kpd rasa bersyukur dgn kehidupan yang saya lalui sekrang.
Masalah saya selesai satu demi satu, hampir sattle 100%. Semuanya setelah saya kenali potensi diri saya, mengaplikasikan ilmu2 yg tercurah dari Dr. Bermula dari WRTL hinggalah RKMJ Aug 09.
Tamat WRTL Asas n Lanjutan, proses membina diri. menepis dan memperbaiki kelemahan diri saya praktikkan dari sehari ke sehari. Alhamdulillah, ianya berkesan.Ini kerana setelah mengetahui bidang bisnes yg sy usahakn sgt bertentangan dgn unsur saya. Maka saya cuba mencari jln penyelesaian. Ya Dr., ada benar kajian itu, bahawa sesuatu yg bertentangan dgn unsur kita, membuatkan hidup dan bisnes yang saya lakukan mengalami bnyk tekanan.
Sayang untuk saya lepaskan bisnes yg saya dah melabur ratusan ribu RM. Maka saya gunakan cara yg bijak, seperti saranan Dr. Saya hanya menguruskan dari jauh, dan menggantikan tempat saya dlm syarikat dgn seseorg yg sya percayai. Kebetulan orgnya sgt sesuai dgn ‘besi’ dan Alhamdulillah... usaha itu menjadi!!! Lebih dari itu, masalah, tekanan dan segala kelemahan dpt saya selesaikan dgn mudah. Disokong dgn tip2 lain yg Dr ajarkan, antaranya seperti ubah warna dinding dan lain2 tu. Syukur... saya berjaya selamatkan syarikat dari terus mengalami kerugian... Nau'zubillah.
Kajian yg diajar, ilmu yang diberi, dan teknik saya praktikkan.... Menunjukkan yang saya sgt2 sesuai jika menceburi dlm bidang hartanah. Oh… baru saya tahu!!! Maka, saya berfikir apa salahnya jika sy mencuba sementelah bisness yg satu itu telah saya serahkan kpd org lain untuk uruskannya. Tak senang jika saya hanya duduk dirumah.... saya harus mencari lebih byk kekayaan.!!!
Terlalu asing bidang hartanah ini pada saya. ZERO!!! saya tak tahu apa2. Tapi, dgn kuasa minda dan teknik yg saya ada.... saya cuba pelajari dan mdapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Perbualan dgn seorang kenalan semasa Progran RKMJ lalu, menguatkan keiinginan saya. Idea dan nasihat dari beliau saya terus aplikasikan selepas tamat program. Ya Allah.... peluang dtg tanpa saya jangka! Setelah mendapat seorg mentor yg sesuai dlm bidang ini, saya tidak mmbuang masa & terus melabur utk ikuti seminar khas mengenai ejen hartanah, pendaftaran ejen dan ikuti training2 yang berkaitan.
Alhamdulillah.... Benar Dr.!!! Dalam bidang hartanah ini, segala urusan saya sangat lancar.... ianya benar2 melonjakkan diri saya. Senior agent dan pengarah syarikat pun terkejut dgn pencapaian saya. Berdasarkan sistem dan ilmu yg mentor ajarkan, sehari selepas training saya terus mendapat customer dan close deal untuk menjadi ejen beliau dgn nilai hartanah yang agak tinggi. Mencecah setengah juta RM. Andaikata terjual, komisyennya dalam lingkungan 11K. Selang dua hari selepas itu, saya dilantik oleh seorang lagi pemilik hartanah dengan nilai jualannya lebih kurang yang pertama tadi. Wowwww.....!!!
Sebenarnya Dr, bukan figure itu yg sy nak ceritakan kpd Dr. Tapi.... saya nak bgtau yg ilmu Dr cukup memberi impak kpd hidup saya. Saya anggap semua ini rezeki dan rahmat dari Allah, sememangnya perkara yang satu itu tidak dapat disangkal lagi. Tetapi, bersyukur kepadaNya juga kerana menggerakkan hati saya untuk mengenali, dan menuntut ilmu dari seorang guru. Iaitu Dr Azizan. Seperti dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kami terlalu mengagung2kan Dr, itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya ianya lebih kepada penghargaan kepada insan yang telah membuka peluang dan menunjukkan jalan serta panduan. Titik tolak yang sebenar, adalah dari diri kita sendiri samaada ingin berubah atau tidak. Betul tak Dr??? Jika datang guru yang macamnan bagus sekalipun, tapi kalau kita tak ikut… tak nak beramal dan masih mahu hidup biasa-biasa.. maka jadilah anda seperti yang dulu dan lepas-lepas. Islam sendiri menegaskan, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah!!!
Tegasnya disini, rasa penghargaan dan syukur saya lebih kepada Allah SWT, temukan saya dengan Dr Azizan. Andaikata saya tak jumpa Dr. Mungkin sehingga sekarang pun saya tak tahu yg saya mmpunyai potensi sgt besar dlm bidang hartanah ini, contohnya.
Dr, dalam bidang ini, ianya seperti permulaan yang sangat baik buat saya. Apa lagi, terus saya memasang impian, saya akan menjadi ROBERT KIYOSAKI MALAYA yang HEBAT.... hehehe… Dr tolong doakan saya ya!
Akhir sekali, terima kasih yg tdk terhingga sekali kpd Dr & krew, semoga kita sama2 berjaya dan di Rahmati Allah. Aminn....
ps : Banyak nyer nak kongsi, tapi adakah Dr sudi???;D
Ikhlas,
Rozila Nawawi, Kajang.
Dipetik daripada http://rahsiatarikhlahir.com.my/ |
|
|