Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Apa khabar? Semoga anda semua sejahtera bersama keluarga tercinta!
Sepanjang minggu lepas saya telah berada di 3 lokasi di utara iaitu Alor Setar, Seberang Jaya dan Ipoh untuk Mini Seminar Dr.Azizan Osman-Hidup Luar Biasa. Tahniah kepada anda yang mempunyai kuasa bertindak yang luar biasa serta berjaya mengorak langkah yang pertama di dalam perubahan hidup anda. Penyertaan saat akhir oleh ramai peserta juga telah menyebabkan tempat duduk di dalam dewan di 3 lokasi tersebut tidak mencukupi dan sesak sehingga ada yang sanggup untuk duduk di atas lantai serta berdiri semata-mata ingin mempelajari rahsia kejayaan bagaimana mengubah hidup mereka dari "biasa-biasa" kepada kehidupan luar biasa. Saya benar-benar berharap yang anda yang ingin menyertai program saya agar mendaftar lebih awal bagi kemudahan anda. Tahniah lagi sekali!
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Habib (S.H.Alattas) yang sudi terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menyertai program saya serta sudi berkongsi pengalaman beliau serta memberikan tips-tips kejayaan luar biasa kepada anda peserta di Seberang Jaya! Anda sangat beruntung kerana berpeluang untuk belajar dari seorang yang hebat seperti Pak Habib yang saya gelar sebagai "Wali Hidup" yang masih hidup. Terima kasih Pak Habib (www.shalattas.com). Semoga buku kita gabungan "Akal & Minda" yang akan dilancarkan tidak lama lagi gabungan tulisan dan pengalaman yang muda (Sayalah tu!) dan Pak Habib yang sangat luar biasa bakal memberikan inspirasi kepada anda di luar sana yang masih teraba-raba mencari jalan mengubah kehidupan anda dan keluarga!
Berapa ramai daripada anda yang masih menghadapi masalah kesempitan wang? Cuba angkat tangan!
Berapa ramai lagi yang ingin terus-menerus hidup macam tu?
Nak? Tak nak? Terpulang..... Pilihan sebenarnya bergantung kepada tahapan ilmu kekayaan dan kejayaan yang anda ada.
Kekayaan dan kejayaan sebenarnya bukan bergantung kepada berapa tinggi usaha anda semata-mata. In fact, saya dapati ramai jer yang sangat rajin bekerja siang dan malam tetapi end-up makin sempit wang dan ada yang kehidupannya semakin susah.
Ada yang kata sudah takdir qada' dan qadar yang mereka hidup susah. Adakah itu benar? Adakah anda peramal nasib dan pakar penilik nasib macam setengah orang di sekeliling kita yang cukup pandai menentukan takdir seseorang mengikut suka hati mak bapak mereka? Bila kita kata kita nak perbaiki hidup kita atau ingin kaya, mereka akan cakap, "Tak payahlah jadi kaya, jadi orang biasa-biasa dah lah...!".
Bila kita kata kita nak cari ilmu dan belajar daripada orang yang telah berjaya contohnya melalui kelas saya, mereka ini akan bercakap seperti biawak yang terjelir-jelir lidah ditepi longkang, "Eleh.... Nak belajar jadi kaya konon! Boleh ker?".
Sebenarnya mereka inilah biawak yang telah meracuni minda dan hidup anda agar terus percaya yang anda memang dilahirkan miskin dan anda perlu terus hidup miskin macam mereka sebab sekiranya anda berilmu, ada mentor dan hidup berubah jadi berjaya, maka nanti kurang seorang ahli "Kelab Minda Miskin dan Hidup Miskin" seperti mereka.
Adakah anda percaya yang anda memang dilahirkan hidup sempit, selalu kebocoran wang, tidak bahagia, tension, banyak masalah tidak putus-putus?
Jika itu kepercayaan anda, maka tidak peliklah hidup anda terus "biasa-biasa" sahaja.
Tetapi, jika soalan anda kepada diri anda ialah "Sampai bila aku mahu hidup biasa-biasa, buat bisnes rugi, duit asyik tak cukup atau bocor serta sampai bila kita nak hidup di belenggu hutang yang berlipat ganda?" serta jika soalan anda ialah "Boleh ke aku ubah hidup aku kepada lebih baik lagi sebenarnya?", "Boleh ke aku tukar jadi orang yang kaya dan kaya lagi?".
Jika itu adalah soalan-soalan penting yang anda tanyakan pada diri anda, maka nasihat saya untuk sekali ini ialah cuba hadir dan tengok sekali sahaja kenapa berpuluh ribu orang menyertai program saya "Hidup Luar Biasa". Kenapa Pak Habib seorang yang sangat berjaya dan hebat serta orang yang telah menulis lebih 60 buah buku telah menawarkan diri untuk menyumbang kepada misi perubahan hidup luar biasa yang saya bawakan kepada anda di luar sana melalui Seminar Hidup Luar Biasa yang yurannya langsung tak cukup nak cover kos pemasaran program ini iaitu serendah RM30/orang (Pendaftaran kumpulan 3 orang sahaja) atau RM45/orang.
Peserta saya datang daripada level jutawan oil & gas, pengarah syarikat, usahawan dari perniagaan MLM, perniagaan kecil-kecilan ke besar-besaran, eksekutif, orang yang bekerja swasta, pengarah jabatan, pegawai atau orang yang kerja kerajaan, doktor perubatan, peguam, surirumah dan ramai lagi. Datang sendiri dan tengok sendiri serta dengar sendiri bagaimana hidup bekas peserta saya yang telah berjaya mengubah hidup mereka daripada "biasa-biasa" kepada hidup luar biasa!
Bertindak sekarang kerana orang yang berjaya mereka tidak terhegeh-hegeh untuk bertindak!
Akhirnya, kita telah tiba ke program terakhir Mini Seminar Dr.Azizan Osman-Hidup Luar Biasa di semua lokasi terpilih. Program yang menunjukkan cara bagaimana seseorang dapat memulakan perubahan hidup dari "biasa-biasa" kepada hidup yang lebih hebat serta luar biasa.
Umur saya sekarang 35.5 belum cukup 36. Saya telah touched 1st million saya ketika berumur 31 tahun.
Hidup saya hari ini Alhamdulillah luar biasa bahagia, luar biasa sihat, luar biasa kaya, luar biasa berjaya dan Alhamdulillah dapat merasakan keberkatanNya.
Saya mempunyai perniagaan-perniagaan yang tidak memerlukan banyak masa saya tetapi ianya "masyuk" di dalam bidang perundingan strategi pengiklanan dan pemasaran. Hari ini saya ada banyak masa dengan isteri yang cantik serta famili dibandingkan dengan dulu.
Alhamdulillah, saya drive kereta-kereta idaman ramai dari lambang kuda dan segala bagai. Ada rumah 3-tingkat di kelab golf yang "biasa-biasa" sahaja dengan private swimming pool. Ada pilihan untuk bekerja ataupun tidak mengikut masa yang saya suka serta pada masa yang sama saya mempunyai banyak masa untuk membantu perubahan hidup ramai orang lain melalui program-program saya yang bertujuan melihat orang lain juga dapat membuat perubahan hidup yang luar biasa seperti saya dan ramai lagi graduan saya yang hampir mencecah 70,000 orang menjelang 2-tahun saya memberikan sedikit masa saya untuk membantu anda di luar sana yang selalu "melanggar dinding", "kebocoran wang" serta belum dapat memperbaiki hidup anda.
Sebenarnya hidup saya bukanlah seperti ini sebelum ini. Kehidupan saya dahulu sentiasa "kebocoran wang", sentiasa tersalah membuat keputusan di dalam perniagaan, saya telah mencuba pelbagai bisnes, pelbagai "projek" dari atas darat ke dalam laut tetapi gagal atau "kehilangan wang". Saya telah mencuba untuk keluar dari situasi ini dengan membaca macam-macam buku motivasi atau masuk macam-macam seminar tetapi semuanya tidak banyak membantu saya malah ianya membuatkan saya lebih keliru dengan halatuju diri saya. Tahapan kewangan saya bertambah kritikal, selalu bergaduh tentang wang, selalu dihina secara direct atau indirect dan semuanya makin parah.....
Sehinggalah saya berjumpa dengan formula kejayaan dan kekayaan yang mudah yang telah membantu perubahan ramai orang di banyak tempat seluruh dunia yang saya dapat daripada beberapa orang mentor kekayaan dan kejayaan saya seperti Anthony Robbin, Dr.Douglas, Terry Winchester, arwah mursyid saya Tuan Haji Sulong dan ramai lagi.
Teknik-teknik serta formula yang saya gunakan ini telah membantu saya membuat transformasi hidup menjadi luar biasa dalam tempoh 6 bulan sahaja..... Malah apabila saya mengajarkannya kepada peserta-peserta saya, ianya ternyata telah berjaya membina perubahan hidup mereka dalam masa yang singkat....
Anda perlu pastikan yang anda mempunyai "Kuasa Bertindak" serta "Kuasa Keinginan" untuk merubah hidup anda. Apa yang telah lakukan sepanjang 2 tahun ini, saya telah memberikan atau mengajar formula-formula dan langkah-langkah kekayaan dan kejayaan ini kepada mereka yang serius mahu keluar daripada kesempitan hidup untuk selama-lamanya melalui program saya seperti Mini Seminar Hidup Luar Biasa. (www.HidupLuarBiasa.com), Seminar Kenali Potensi Diri uanh telah lepas, program Intensif Mentor Kekayaan & Kejayaan.
Masalahnya ialah, program saya Mini Seminar "Hidup Luar Biasa" telah tiba ke tirai penutupnya....
Minggu depan saya akan berada di utara untuk program terakhir pada 22 Jun (Alor Setar), 23 Jun (Seberang Prai) dan 24 Jun (Ipoh).
Kemudian saya juga akan berada di Kuantan (28 Jun), Kuala Lumpur (4 Julai), Batu Pahat (6 Julai), Melaka (7 Julai) dan Johor Bahru (11 Julai) untuk program terakhir saya di sana juga.
It's now or never bro! Kalau anda memang "gumbira" dengan hidup anda sekarang. Rasa dah "ok" dah kerja anda atau perniagaan anda serta tahapan kewangan anda sudah memadai bagi anda, maka nasihat saya ialah "Jangan Datang Program Saya!". Tetapi jika anda serius dan memang dah "fed-up" hidup "biasa-biasa", anda wajib datang tengok apa yang boleh dipelajari daripada ilmu yang saya kongsikan.....Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah nasibnya sendiri!
Untuk info lanjut tentang program terakhir saya, saya nasihatkan untuk melayari www.HidupLuarBiasa.com atau hubungi 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 untuk pertanyaan tentang tiket yang berharga hanya RM30/orang untuk pendaftaran kumpulan 3 orang serta RM45/orang untuk pendaftaran biasa.
Apa alasan anda pulak sekarang untuk tidak bertindak?
Cuba tanya soalan ini kepada diri anda:-
"Sampai bila aku mahu hidup begini?"
Perubahan hidup anda serta keluarga anda kepada hidup yang lebih baik lagi adalah bergantung kepada samada anda mempunyai 3 perkara:-
1.Mentor 2. Ilmu 3. Sistem
Semua.... dengar betul-betul... SEMUA ahli sukan terbaik di dunia mempunyai jurulatih atau coach bukan? Semua orang yang berjaya pun pastinya mempunyai mentor, coach atau jurulatih untuk memudahkan kita berjaya. Mentor yang telah berjaya bakal dapat memberikan kita ilmu dan sistem yang telah berjaya. Kita boleh mengurangkan chances kita untuk gagal jika kita sentiasa ada 3 perkara tersebut malah meningkatkan peluang kita untuk kaya serta berjaya.
Jangan percaya cakap saya! Tolong jangan! Datang sendiri bersama orang-orang yang anda sayangi untuk dengar dulu sebelum anda membuat keputusan samada hidup anda boleh diperbaiki atau tidak.
Terpulang kepada anda tetapi 10 tahun dahulu saya bersyukur serta berterima kasih kerana saya telah buat keputusan untuk mendengar daripada seorang mentor yang hebat di Australia yang telah membawa kepada perubahan hidup saya hari ini.
Anda tidak perlu ke Australia! Anda hanya perlu layari www.HidupLuarBiasa.com sekarang atau hubungi 019/013-2442244/019-2442400/03-55191260 sekarang kerana sesi saya sebelum ini tempat duduk telah penuh sehingga ada yang sanggup duduk di atas lantai.
Orang yang berpotensi untuk berjaya adalah mereka yang bertindak dengan pantas dan bukannya "terhegeh-hegeh"...:)p
Tingkatkan hidup, tingkatkan kerjaya, tingkatkan perniagaan, tingkatkan perhubungan suami/isteri dan anak-anak serta tingkatkan tahapan wang anda!
Jumpa saya segera!
Dr Azizan Osman Mentor dan Jurulatih Kekayaan & Kejayaan #1 Malaysia www.HidupLuarBiasa.com
Suka tak JIKA kita ada keturunan yang mewarisi kemiskinan kita?
Suka tak JIKA kita ada keturunan yang berjuang mempertahankan hidup papa atau kebocoran wang seperti kita?
Itu adalah 2 soalan andaian yang ditanya kepada saya 12 tahun dahulu oleh Bob Proctor, salah seorang lagenda pakar motivasi dari luar negara. Soalan yang menjadi pemangkin atau "turning point" kepada hidup saya dan ramai lagi yang lain.
Daripada pemerhatian saya bercakap dengan lebih 70,000 peserta sepanjang 2 tahun ini, saya mendapati yang ramai orang especially orang Melayu (Maaf kerana berterus-terang), mereka lebih rela untuk tidak bertindak dan terus hidup pada "tahap kebiasaan" daripada mencuba untuk bertindak serta belajar daripada orang yang berjaya untuk berjaya untuk mengubah dirinya serta keturunannya menjadi orang yang berjaya!
99% orang yang belum berjaya terus hidup "biasa-biasa" bukanlah kerana mereka tidak boleh merubah hidup mereka menjadi kaya dan berjaya tetapi kerana 3 faktor penting :-
1. Mereka melabur ditempat yang salah. Mereka ingin kaya dan berjaya dengan cara "short-cut". Mereka lebih sanggup untuk melabur skim "biawak", "kucing" dan macam-macam lagi projek MLM yang akhirnya duit habis serta perniagaan gagal. Bukan kerana projek itu semua tidak bagus, tetapi mereka ini expect beri duit dan terus kaya tanpa perlu invest masa, tenaga dan wang untuk belajar dapatkan ilmu, mentor dan pelajari sistem yang berkesan! Contohnya ada kawan saya baru-baru ini teruja untuk buat bisnes MLM, dia berkongsi dengan saya betapa ramainya yang buat bisnes tersebut yang mencapai pendapatan RM60,000-80,000 sebulan. Saya cakap itu tidak pelik, malah patutnya boleh capai lebih dari itu, tetapi adakah kawan saya bersedia untuk memberikan komitmen 100% untuk belajar membina perniagaan tersebut dari mereka yang telah berjaya? Ramai yang tidak FOKUS, tidak beri komitmen yang tinggi, hangat-hangat tahi ayam, panas separuh jalan dan akhirnya tidak berjaya lalu dikatanya atau dikutuknya bisnes tersebut tidak bagus, ada yang lagi busyuk hatinya siap buat forum di internet menjadi tempat untuk memburukkan bisnes tersebut atau individu lain. Sendiri tidak pandai menari dan salahkan lantai yang goyang! Itu melayu yang pernah saya lihat! Bukan semua macam tu!
2. Mereka rasa "selesa" dengan hidup mereka tetapi pada masa yang sama secara sedar atau tidak, kos sara hidup semakin meningkat, kos pendidikan anak-anak semakin meningkat, keinginan semakin banyak tetapi ramai yang tidak sedar gaji anda peningkatannya sangat lambat. Setakat hidup tetapi tidak maksimakan potensi diri, kekayaan dan kejayaan, anda rugi sebenarnya! Bersyukur dengan apa yang ada tetapi jangan rasa cukup. Keluarga anda layak hidup lebih baik daripada sekarang!
3. Mereka tidak pentingkan ilmu. Mereka sanggup belanja bergolok gadai untuk makan, minum, tukar sports rim, beli baju atau tudung baru tetapi ramai yang tidak sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem. Tetapi bila orang lain berjaya, orang lain buat sesuatu untuk bantu orang lain untuk berjaya, mereka mulalah cari jalan untuk menjatuhkan orang lain.
Itulah orang Melayu. Bukan semua! Bukan semua! Dan masalah ini bukan pada orang melayu sahaja sebenarnya tetapi saya bercakap ini untuk anak bangsa saya!
Ramai yang saya telah saksikan hidup mereka berubah daripada tiada pendapatan tetap bertukar menjadi lebih RM10,000 sebulan.
Ramai jer graduan saya yang meningkat tahap kualiti kehidupan mereka menjadi lebih bahagia, sihat, kaya, berjaya dan terasa keberkatannya.
Semuanya bakal berubah sekiranya anda bersedia untuk membina NILAI diri anda dengan mempelajari formula-formula kekayaan dan kejayaan daripada saya melalui program-program yang khas mengajar bagaimama untuk membina kekayaan & kejayaan hidup seperti program Mini Seminar Hidup Luar Biasa, Program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan, Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan, Program Marketing & U dan banyak lagi pilihan program lain yang telah membantu perubahan hidup ramai yang lain!
Ingin hidup kaya dan berjaya? Anda perlu ilmu kekayaan dan kejayaan yang diajar oleh guru yang telah berjaya serta telah mengajar ramai yang lain sistem kekayaan dan kejayaan!
Masalahnya ialah, adakah anda jenis yang bertindak dengan pantas untuk dapatkan ilmu, mentor dan sistem? Sudahkah anda mendaftar untuk sertai program asas saya atau adakah anda telah ikuti program 3-hari Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan yang terakhir pada bulan Julai nanti?
Jangan wariskan kemiskinan kita!
Fast Action, Fast Result!
It's now or never! Peluang hari ini perlu diambil hari ini!
Dr.Azizan Osman Jurulatih & Mentor Kekayaan & Kejayaan #1 Malaysia