
Bagus program ni sebab ramai orang ingat nak jadi kaya, mereka tidak perlu belajar untuk menyimpan duit serta tidak perlu ada habit tersebut. Orang yang miskin biasanya mereka ingat mereka hanya mula menyimpan bila mereka dah kaya.... Program ini juga akan mengajar anda untuk fokus dan mulakan sesuatu dengan tindakan segera... Bukan sekadar cakap sahaja nak berjaya tetapi tak nak mulakan dengan bertindak dari sekarang.
Ramai yang saya jumpa, mereka ini adalah orang yang nak kaya atau nak berjaya di dalam hidup tetapi mereka tetap hidup biasa dan ada yang lebih teruk situasi mereka, hidup mereka bertambah susah dan penuh dengan "neraka"-keluh kesah, tension, sakit hati, busuk hati, dengki..... Antara sebabnya yang saya nak kongsi dengan anda untuk peringatan diri saya adalah seperti berikut, kesilapan yang saya pernah buat :-
1. Mereka tak khusyuk dalam solat (Mudah2an Allah swt bagi saya dan anda semua peningkatan dari aspek ini)
2. Mereka sibuk hal orang lain, masalah orang lain, kelemahan orang lain, kesilapan orang lain dan terlupa memperbaiki kesilapan diri sendiri atau kelemahan diri sendiri. Contoh seperti solat, apabila mereka solat, mereka ini sibuk perhatikan solat orang lain betul tak, bacaan mereka betul tak tetapi mereka tak perasaan yang mereka sendiri dah tak khusyuk
3. Mereka terlalu sibuk menyalahkan orang lain sehingga terlupa kesalahan diri sendiri.
4. Mereka sibuk mencipta fitnah tentang keburukan orang lain sehingga mereka lupa yang mereka sepatutnya fokus untuk memperbaiki keburukan diri sendiri
5. Mereka dengki dengan kejayaan orang lain dan berusaha apa sahaja untuk menjatuhkan orang lain sedangkan mereka sepatutnya berusaha apa sahaja untuk memperbaiki kehidupan mereka sendiri
Saya masih belajar merawat hati saya dan di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara yang anda boleh cuba untuk merawat hati anda kerana bila hati anda terawat, minda anda bersih, anda akan mempunyai getaran tarikan kekayaan, kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang amat kuat Insya-Allah ke dalam hidup anda.
Tidak ada manusia yang terlepas daripada ujian, bila Allah uji kita, bermakna Dia sayang kita dan Dia tahu yang kita Insya-Allah boleh handle ujian itu. Tidak ada manusia yang terlepas daripada membuat kesilapan, tetapi apa yang penting adalah mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut dan semakin kuat kita diuji, semakin kuat kita bergantung kepadaNya.. Bila kita tak ada duit, kita perlu ingat Dia, bila kita ada duit, lagi sangat kita perlu ingat Dia....
Cuba start konsisten untuk buat beberapa perkara ini:-
1. Sunat Taubat 2 rakaat (Sebelum tidur atau selepas solat isyak)
2. Sunat Dhuha 2-4 rakaat (Antara pukul 8am-11am)
3. Banyakkan istighfar (pagi dan malam)
4. Banyakkan selawat (pagi dan malam)
5. Bersangka dengan baik dengan orang lain.
Mudah2an kita akan mendapat pimpinan, petunjuk, sokongan,bantuan dan keberkatan dari Nya.
Sekian, jumpa lagi...
Dr.Azizan Osman



Assalamualaikum wbt.