Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Tahniah kepada anda yang telah menyertai "Seminar Kenali Potensi Diri" - Untuk kebahagiaan, kesihatan, kekayaan dan kejayaan yang diadakan di PWTC baru-baru ini serta di M.S.Garden Hotel Kuantan pada hari berikutnya.
Majoriti yang datang pada awal pagi untuk mendaftar serta untuk merebut tempat yang terbaik bagi mendapat pandangan yang lebih dekat lagi dengan saya.
Ada Dato, Datin, Tan Sri, Puan Sri, Doktor, Lawyer, Engineer, Artis, Ahli Musik dan ramai lagi dari pelbagai latar belakang yang hadir untuk "Unlock" potensi mereka yang sebenar.
Bukan mudah sebenarnya untuk menganjurkan satu program yang besar seperti ini malahan dengan usia "public program" saya yang baru setahun jagung ini. Saya rasa tidak sempurna sekiranya saya tidak memberikan pengiktirafan kepada semua staf dan volunteer krew yang hadir di KL dan Kuantan tempoh hari. Merekalah yang telah menjadikan program ini berjaya pada tahap dunia....Terima kasih kerana memberikan sumbangan anda kepada masyarakat untuk melihat lebih ramai orang lagi yang mengenali dan menggunakan potensi diri yang sebenar.
Saya ingin mengajak anda yang telah atau belum menyertai program saya untuk mewawarkan kepada lebih ramai lagi rakan-rakan, saudara mara anda untuk menyertai "Seminar Kenali Potensi Diri" di lokasi-lokasi lain terutamanya di Pulau Pinang, Alor Setar dan di Kuala Lumpur (26 Julai 09). Minggu ini saya akan berada di Ipoh dengan hampir 1,000 peserta. 2,000 peserta bakal hadir di MITC Melaka pada hari ahad. Hampir 3,500 orang akan hadir di Johor Bahru nanti dan lokasi terakhir pada 26 Julai nanti di KL nanti, kami menjangkakan lebih 6,000 orang akan hadir di lokasi terbaru yang telah kami ubah dari PWTC ke Mines International Exhibition Expo Center di Seri Kembangan nanti. Perubahan lokasi terpaksa dibuat di atas peningkatan permintaan orang ramai dan kehadiran staf dari beberapa syarikat besar.
Fenomena kenali potensi diri adalah satu fenomena yang penting untuk membina kejayaan hidup anda. Belajarlah dengan Mentor yang telah terbukti berjaya supaya anda diberkati dan dibimbing dengan betul.
Belajar dari monyet,nescaya anda akan jadi macam monyet. Belajar dari mentor yang betul serta terbukti berjaya, anda ada peluang yang lebih tinggi untuk mencapai impian anda. Rahsia kejayaan ialah Mentor, Ilmu dan Sistem.
Mudah-mudahan anda mendapat kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan keberkatan-Nya.