Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menjalani Workshop Rahsia Tarikh Lahir Asas pada hari sabtu(28/3) dan lanjutan pada hari ahad(29/3) semalam.
Kami menjangkakan hanya 350 orang sahaja yang akan hadir tetapi rupa-rupanya peserta yang daftar sehingga pada saat-saat akhir pada hari jumaat telah melebih 400 orang dan kami terpaksa menangguhkan pendaftaran ramai peserta ke tarikh akan datang kerana tidak mempunyai tempahan tempat duduk yang mencukupi.
Anda semua memang hebat-hebat belaka! Ramai yang saya dapati mempunyai watak serta kekuatan karektor yang sangat berpotensi untuk berjaya serta mencapai tahap kewangan yang tinggi sekiranya mereka mengaplikasikan apa yang mereka pelajari.
Setelah WRTL lanjutan hari ahad petang. Menjadi kebiasaan saya membaca testimonial-testimonial semua peserta dan saya sungguh teruja serta terharu apabila membaca semua testimonial yang diberikan.
SEMUA PESERTA MEMBERIKAN KOMEN BETAPA MEREKA BERPUAS HATI KERANA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENYERTAI WRTL ASAS DAN TERUS MENDAFTAR KE PERINGKAT LANJUTAN!
Ramai juga yang menyesal kerana tidak membuat keputusan lebih awal dari dulu lagi untuk menyertai WRTL ini.
Ada yang pada awalnya membuat sangkaan yang WRTL ini adalah kursus tentang tilikan nasib atau ramalan nasib tetapi ternyata mengakui betapa hebatnya ilmu Allah swt yang mereka telah pelajari 2 hari ini dan mengakui yang TIDAK ADA UNSUR-UNSUR TILIKAN NASIB ATAU RAMALAN NASIB langsung yang diajar oleh saya.
Tulah orang cakap, "Tak Kenal Maka Tak Cinta" kan? Kalau saya, saya suka cakap, "Tak Kenal, Mana Nak Kaya!" kan?
Habis semua benda dalam dunia ni kita sanggup bayar untuk kaji atau pelajari. Habis semua duit kita sanggup laburkan atau leburkan untuk berniaga, melabur atau "melebur" di dalam program atau perniagaan yang tak pasti seserasi atau bagus untuk kita..... Habis semua duit kita sanggup belanja untuk "renovate" rumah, servis kereta atau tukar sports rim baru, belanja beli baju atau tudung latest design......
Kenapa kita tak sanggup melabur sikit untuk masuk "workshop" untuk "repair" diri kita supaya kita boleh improve masa depan kita? Supaya kita boleh boleh kenal potensi yang tersembunyi di dalam diri kita sejak sekian lamanya....
Anda akan menyesal..... Menyesal sekiranya anda tidak tahu potensi anda yang anda memang telah ada anugerah Dia....
Anda mungkin sepatutnya menjadi jutawan pada saat ini dengan ilmu, mentor serta sistem yang betul.....
WRTL asas dan lanjutan sepatutnya akan di adakan di KL pada bulan Jun akan datang nanti. Tetapi di atas sambutan luar biasa pada WRTL di KL semalam dan pendaftaran yang ramai untuk bulan jun nanti, saya telah bersetuju untuk mempercepatkan WRTL Asas dan Lanjutan untuk Kuala Lumpur kepada tarikh 2 Mei 2009 (Sabtu) untuk WRTL Asas dan bagi sesiapa yang telah mendaftar untuk WRTL Lanjutan, kita akan mengadaka WRTL Lanjutan pada hari ahad 3 Mei 2009. Sila hubungi krew 3R di 019-2442400 atau 013-2442244 atau 016-2150940 untuk pengesahan nama anda dan keterangan lanjut.
Ingat...Tak kenal maka tak kaya..... Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya!
Dr.Azizan Osman CEO, Rich & Richer Resources Group Pengasas, Workshop Rahsia Tarikh Lahir & Intensif Rahsia Kuasa Minda Jutawan