Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Semoga anda dan keluarga mendapat kerahmatan dan keberkatan dalam apa sahaja yang anda lakukan dariNya.
Bertahun-tahun anda hidup, sudahkah anda kenali potensi diri anda yang sebenar? Tahukah anda bagaimana mengenali potensi setiap orang di sekeliling anda supaya mudah anda berurusan dengan mereka? Seperti suami atau isteri anda, anak-anak anda, ahli keluarga anda, bos anda, pekerja anda, orang bawahan anda, pelanggan anda serta sesiapa sahaja yang mempunyai tarikh lahir. Sebelum ini anda mungkin telah banyak kali “melanggar dinding”, buat silap, banyak buat perniagaan tetapi belum nampak hasilnya, sudah berjaya atau kaya tetapi ingin mencapai kejayaan atau kekayaan yang lebih bagus lagi, anda tidak nampak halatuju masa depan anda atau anda tidak pasti dengan apa yang anda lakukan. Atau anda ingin mengetahui bagaimana memperbaiki kerjaya, perniagaan serta pendapatan anda?
Nasihat saya, jangan tunggu lagi, peluang keemasan telah tiba kerana bermula hari ini, saya memberikan 100,000 tiket percuma kepada orang ramai untuk menyertai program 1-hari bersama saya iaitu “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010” yang berkonsepkan 1Seminar, 1Malaysia pada masa yang sama menyokong usaha Perdana Menteri menyatu-padukan pemikiran, matlamat dan jatidiri rakyat Malaysia terutamanya anak bangsa kita ke arah memperbaiki taraf kehidupan, nilai diri dan kekuatan ekonomi kita.
Anda perlu bertindak pantas untuk mendapatkan tiket anda serta ahli keluarga dan rakan-rakan anda kerana berdasarkan program yang lepas, tiket-tiket ini akan kehabisan dalam masa yang amat singkat.
Di dalam program 1-hari yang bermula pada penghujung Januari 2010 sehingga April 2010 nanti di kebanyakan negeri di seluruh Malaysia, anda akan mempelajari tentang :-
1.Bagaimana mengenali kekuatan, kelemahan serta potensi diri anda atau ahli keluarga anda melalui kajian tarikh lahir dan teknik kuasa minda jutawan.
2.Anda boleh mengenal pasti punca-punca kegagalan di dalam perniagaan, kerjaya atau hidup serta bagaimana mengatasinya dalam masa yang singkat dengan teknik yang mudah
3.Anda akan belajar bagaimana mencapai impian anda terutamanya untuk berjaya dalam kehidupan serta bagaimana membina kekayaan.
4.Anda juga akan belajar teknik-teknik asas untuk mengaktifkan getaran kekayaan dan kejayaan dalam kehidupan anda serta anak-anak anda.
5.Bagaimana mengatasi masalah “kebocoran wang”, duit senang masuk tetapi senang sangat keluar samada sengaja atau tidak.
6.Anda juga akan belajar tentang kajian tarikh lahir yang wajib dipelajari oleh semua orang terutamanya anda yang ada tarikh lahir tetapi tidak tahu apakah rahsianya.
Apa kata mereka yang telah mengikuti program yang lepas bersama saya:-
“Bagus! Nilai ilmu yang disampaikan amat padat.” Siti Mariam Binti Abdul Rahim
“Pada mulanya saya ragu-ragu untuk mengikuti program ini tetapi saya kuatkan tekad dan selepas mengikutinya saya kagum bilamana saya selama ini tidak pernah memahami peribadi diri saya sendiri. Banyak ilmu yang dapat saya pelajari di sini. Minda saya kini terbuka dengan jelas untuk saya memperbaiki diri.”
Rosmala Dewi Binti Yahaya
“Secara jujurnya ini pertama kali saya mengikuti seminar yang benar-benar membuka minda dan semangat saya. Saya amat berpuas hati dengan seminar ini kerana saya dapat mengenali potensi diri, kelebihan dan kelemahan saya melalui pengiraan tarikh lahir yang mudah.”
Mohamad Najmi Bin Saaid
“Program ini benar-benar luar biasa. Huraian tarikh lahir saya mengikut formula Rahsia Tarikh Lahir Dr. Azizan adalah 98% tepat.”
Rozita Binti Sulaiman
“Program Seminar Kenali Potensi Diri ini sangat gempak! Dengan harga yang sangat-sangat murah, ilmu yang pertama kali saya belajar. Sepatutnya program ini berharga RM20,000!”
Muhd Afiff Bin Kamaruddin
“Meskipun banyak buku-buku mengenai kejayaan diri oleh penulis-penulis barat seperti Anthony Robin, Zig Ziglars dan Bob Proctor telah saya baca, namun pembentangan oleh Dr. Azizan telah banyak menjelaskan lebih dalam lagi konsep the power of positive thinking dan awaken the great within. Sungguh luar biasa!”
Che Zulrahadi Bin Ismail
“Telah dua kali saya mengikuti program Dr. Azizan. Banyak ilmu dan perkara baru yang saya pelajari. Saya amat teruja untuk meneruskan apa yang telah dipelajari bagi manfaat diri saya, suami anak-anak, keluarga, saudara-mara dan mereka yang berada berdekatan dengan saya. Alhamdulillah, saya merasa amat berlapang dada...”
Hamidah Binti Norman
“Terima kasih dan well done Dr! Saya telah mempelajari teknik kiraan tarikh lahir dan juga mempraktikkannya. Semua kenalan dan saudara-mara setuju mengatakan ianya adalah 99% benar. Dari hari ini apa yang saya perlukan ialah positif dalam semua kelakuan saya.”
Norzanah Binti Abd Manaf
“Setelah mengikuti program Dr. Azizan, saya dapati program-program Dr.Azizan bukan sahaja menjurus pada kewangan sahaja tetapi turut menyentuh tentang kerohanian, akhlak, budi pekerti, hidup bersosial dan pelbagai aspek kehidupan yang lain. Program ini mengubah perspektif saya tentang wang dan juga mengubah maksud kekayaan dalam impian saya.”
Azman Bin Abdullah
Bagaimana untuk mendapatkan tiket anda?
Dapatkan daripada ejen-ejen tiket kami yang terdekat dengan tempat anda. Anda boleh rujuk senarai wakil-wakil tiket kami seperti diiklankan setiap hari (Selagi tiket masih ada) di Metro Ahad/Harian Metro atau di laman web http://www.skpd2010.com atau hubungi 019/013-2442244/019-2442400.
Berapakah kos/yuran untuk menyertai program ini?
Yuran sebenar kursus ini adalah sebanyak RM495.00 untuk program 1-hari bersama Dr.Azizan Osman tetapi ianya adalah PERCUMA bagi anda yang mempunyai tiket=tiket percuma yang diberikan oleh penganjur iaitu Richworks Resources dan didaftarkan di laman web kami. Anda hanya perlu membayar RM50 kos pengurusan dan pendaftaran. Pihak kami juga akan menyumbangkan sebahagian daripada yuran pengurusan ini kepada beberapa badan kebajikan terutamanya tabung bencana alam. Sekiranya anda tidak mempunyai tiket dan ingin menyertai program ini selepas ini, yuran anda adalah RM545 seorang.
Bertindak sekarang! Anda wajib tahu rahsia diri anda bukan?
Berjumpa dengan saya di dalam program “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010” nanti. Selamat Menyambut Maal Hijrah, semoga anda akan lebih berjaya bila anda mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang betul.