Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Terima kasih di atas semua maklum balas anda. Di dalam program saya, saya selalu berkongsi tentang betapa pentingnya fokus kepada positiveness di dalam pemikiran, percakapan, tindakan, pergaulan. Prinsip yang saya pelajari adalah "What We Focus Will Expand".
Minda yang negatif atau pergaulan dengan orang-orang yang bersikap negatif adalah "Energy Draining" atau dengan kata lain, menggunakan banyak tenaga dan memenatkan.
Saya adalah manusia biasa. Apa sahaja yang berlaku di dalam hidup saya adalah seperti manusia lain. Saya mempunyai kehidupan saya sendiri, saya mempunyai situasi saya sendiri dan saya ada situasi yang positif dan kadang-kala saya perlu berhadapan dengan cabaran seperti orang lain.
Tetapi apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapi situasi itu dan selalunya apabila melalui sesuatu cabaran, sebagai manusia, kita perlu banyak beristighfar, lebih rapat dengan Dia dan memohon pimpinan Dia untuk membuat sesuatu keputusan.
Hidup ini secara keseluruhan adalah suatu rahmat atau nikmat, tetapi ianya juga disertai dengan ujian-ujian tertentu.
Sebagai manusia, kita perlu mempunyai ilmu untuk merancang, bertindak, membuat keputusan tetapi at certain extent, kita harus ingat yang pergantungan kita dan Tauhid kita kepada Dia dan tawakal adalah secara total. Qada' dan Qadar itu adalah hak Dia.
Sebagai manusia juga, setiap orang mempunyai situasi masing-masing, apa yang penting? Kita sentiasa ingat Dia dan sentiasa cuba perbaiki diri kita selangkah demi selangkah Insya-Allah di dalam mencari keredhaanNya.
Ini adalah ingatan untuk diri saya dan semoga Allah swt sentiasa memberikan saya pimpinanNya, petunjukNya, sokonganNya, bantuanNya dan keberkatanNya.
Setiap apa yang berlaku, Insya-Allah PASTI ada hikmahNya dan semua orang mahu buat yang terbaik untuk dirinya serta keluarganya, begitulah juga saya. Yang baik dijadikan tauladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan.
Semua yang berlaku adalah pengalaman yang menjadikan kita lebih dewasa dan semoga kita belajar darinya untuk masa depan kita sendiri.
Orang lain tidak akan kisah tentang jatuh bangun kita. Masa depan kita adalah totally urusan kita. "Tough time won't last, tough people do!"
Salam Sayang
Dr.Azizan Osman
P/S Kepada anda yang memberikan maklumbalas kepada saya, terima kasih di atas setiap komen yang membina akan saya paparkan dan untuk komen yang tidak membina, saya akan tidak akan paparkan tetapi saya akan ambil sebagai iktibar dan tauladan, jika ianya adalah komen yang berbaur fitnah atau negatif, Insya-Allah saya akan bakul sampahkan.
Apa khabar? Semoga anda semua mendapat kerahmatan dariNya Insya-Allah.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Selama saya menjalankan program kenali potensi diri ini, pelbagai feedback yang telah saya terima dari peserta saya dan mereka yang belum menyertai program saya.
Lebih 20,000 orang yang telah menyertai program saya dan hampir kesemuanya memberikan testimonial maklumbalas mereka setelah habis program saya.
Setakat hari ini Insya-Allah, peserta yang telah menyertai program saya adalah dari pelbagai latar belakang yang berbeza tetapi merangkumi professional seperti peguam, hakim, doktor, pensyarah, ketua jabatan atau pengarah, ahli perniagaan, pekerja, surirumah dan termasuklah ustaz serta imam.
Pada salah satu program 2 hari saya di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas, di atas kerjasama dan sokongan daripada ahli jawatankuasa pusat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Encik Azman yang pernah menyertai program saya sebelum itu, beliau telah mencadangkan untuk saya mengundang salah seorang Imam Masjid Negara iaitu Ustaz Azhar Turano untuk menyertai program 2-hari saya sebagai Pemerhati bagi mengesahkan kandungan program saya agar tidak terkeluar daripada syariah. Alhamdulillah, Ustaz Azhar telah berada di dalam program 2-hari saya Workshop Rahsia Tarikh Lahir Asas dan Lanjutan dan pada akhir program, kami telah merakamkan komen beliau yang beliau berpuas hati dengan gembira dengan program saya serta mencadangkan agar ianya disertai oleh lebih ramai lagi rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, beliau ada mencadangkan agar program tersebut dapat dibuat secara lebih Islamik di mana diasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan serta beberapa maklumbalas untuk memperbaiki logistik dan aturcara program saya di masa depan. yang saya di dalam proses memperbaikinya, tetapi Alhamdulillah, tidak ada satu komen pun yang mengatakan saya meramal nasib atau menilik nasib kerana ianya tidak berlaku di dalam kelas saya....
Saya tidak mengajar tentang HOROSKOP, MENILIK NASIB, BINTANG 12 atau yang seumpamanya. Saya mengajar tentang bagaimana seseorang dapat mengenali kekuatan, kelemahan diri dan memperbaiki diri atau kata lain bagaimana kita dapat MUHASABAH diri kita untuk diperbaiki secara konsisten. Bila kita kenal karektor atau watak-watak diri kita atau sesiapa sahaja di keliling kita, maka ianya adalah mudah untuk kita memperbaiki diri kita dan pada masa yang sama memperbaiki kehidupan kita dari aspek sikap kita, pekerjaan kita atau kerjaya kita serta masa depan kita Insya-Allah.
Seperti anda biasa dengar firman Allah swt di dalam salah satu ayat dari Surah Ar-Rad Ayat 11 yang maksudnya :' Verily never Will Allah change the condition of a people until they change it themselves". Tafsir diambil daripada kitab "The Holy Qur'an-Text, Translation and Commentary" oleh Abdullah Yusuf Ali, New Revised Edition International Islamic University Published by Amana Corporation. Tafsir dalam Bahasa Malaysia berbunyi :'Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri".
BAGAIMANA NAK UBAH KALAU TIDAK ADA ILMU? TIDAK KENAL KEKUATAN ATAU KELEMAHAN DIRI, TIDAK MAHU BELAJAR?
Sebenarnya banyak komen yang diberikan oleh mereka yang TIDAK PERNAH menyertai program saya serta tidak mempunyai ilmu berlandaskan syariat untuk menyuluh diri mereka. Mereka sendiri tidak faham apa yang mereka komen tetapi mereka berani menjatuhkan hukum.
Sekiranya anda perhatikan, mereka yang memberikan komen dan cakap-cakap lepas ini terutamanya di blog-blog atau laman web, biasanya mereka tidak memberikan nama penuh sebenar mereka, ini menunjukkan yang mereka tidak berani bertanggungjawab di atas apa yang mereka lontarkan.......
Orang yang berjaya, mereka tidak akan menilai sesuatu dari luaran atau cakap-cakap orang. Contohnya, ketika di awal establishment AirAsia. Dato Tony Fernandez melalui situasi yang ramai orang "gelakkan" ideanya untuk mewujudkan Low Cost Airline..... Sekiranya beliau mendengar pandangan mereka-mereka yang "gagal" ini, pastinya tidak akan wujud AirAsia yang telah mencapai satu tahap kejayaan pada hari ini.
Bila kita nak membantu orang lain, nak tak nak akan ada orang yang suka dengan kita dan akan ada orang yang sakit hati atau dengki dengan kita..... Apa yang penting ialah kita tahu niat kita, Allah swt Maha Mengetahu niat kita, kita tidak melanggar hukum syarak dan kita lakukanlah bersungguh-sungguh.
Saya bukan nabi, saya menjalankan perniagaan di dalam industri latihan dan pembangunan sumber manusia. Saya berpengalaman lebih 7 tahun di dalam industri yang melibatkan latihan dan pembangunan sumber manusia. Saya berpengalaman menggunakan kajian tarikh lahir ini di dalam memilih pekerja dan membangunkan sumber manusia. Saya menawarkan perkhidmatan mengenali potensi diri anda melalui seminar atau program saya untuk membina diri, kerjaya atau perniagaan anda malah ramai yang telah mendapat manfaat dengan aplikasi kaedah yang saya ajarkan.
Masa depan anda adalah hak anda, anda berhak mengubahnya dengan ilmu dan saya hanya memberikan salah satu alatnya iaitu ilmu mengenali potensi diri. Sekiranya anda serius untuk mengubah hidup anda, anda boleh mulakan dengan pelajari tentang potensi diri anda di dalam program saya sebelum anda membuat judgement berdasarkan info yang tidak betul tetapi sekiranya anda tidak berminat untuk mengenali potensi diri anda dan tak sanggup korban masa, tenaga atau sedikit wang ringgit untuk "explore" potensi diri anda, itu hak serta pilihan anda.
Tak kenal maka tak cinta, tak kenal maka tak kaya atau berjaya! Terima kasih kepada anda terus menerus menyokong saya dan bagi sesetengah pihak yang suka melontarkan fitnah atau memburuk-burukkan saya.... Alhamdulillah syukur kerana mengingatkan saya supaya saya sentiasa memperbaiki diri saya. Yang baik saya jadikan tauladan yang tidak baik saya jadikan sempadan. Wallahu A'lam.
Apa yang penting? Melalui banyak testimonial yang saya terima daripada ramai graduan program saya, saya dapati mereka telah mendapat banyak manfaat daripada ilmu yang diberi. Ramai yang hidup mereka telah berubah dengan ilmu, ikhtiar dan doa serta izin Allah swt. Ada yang pendapatan mereka meningkat, ada yang lebih tenang, ada yang lebih berjaya, ada yang dapat kerjaya atau perniagaan yang lebih sesuai.
Sebagai manusia, sekiranya kita ingin mengubah kehidupan kita, kita wajib menuntut ilmu, merancang, ikhtiar dan bertawakkal, selebihnya adalah hak Allah swt.
Minggu ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang bagaimana untuk menarik kekayaan dan kejayaan di dalam hidup.
Kajian saya mendapati, untuk berjaya, anda WAJIB ada :-
1. ilmu/ informasi - Even perkara pertama yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail a.s. kepada Rasulullah saw adalah ayat Iqra' (Bacalah)..... Ada juga satu ayat Al-Qur'an firman Allah swt yang maksudnya berbunyi, Sekiranya kamu mahu naik 7 petala langit atau turun 7 petala bumi, nescaya kamu hanya dapat melakukannya dengan ilmu.
2. mentor - Orang dulu-dulu sangat particular tentang berguru serta adab-adabnya. Carilah mentor atau guru yang telah terbukti berjaya. In particular kepada apa yang kita nak. Contohnya, kalau nak buka kedai tayar, kita perlu berguru dengan seseorang yang telah berjaya di dalam perniagaan tersebut or at least mempunyai kedai tayar. Satu perkara yang arwah mursyid saya pernah cakap, jangan derhaka dengan guru kerana bila kita derhaka atau berburuk sangka dengan guru Insya-Allah, apa sahaja yang kita belajar dari dia akan "memakan diri" diri kita. Mungkin maksud dia ialah ilmu itu tak berapa nak jadi atau menjadikan hidup kita lebih kelam kabut. Itu yang anda pernah dengar orang dulu-dulu yang derhaka dengan guru perlu jumpa guru mereka dan minta maaf, barulah betul balik situasi mereka. Wallahu A'lam.
3. kuasa bertindak - Orang yang berjaya kalau anda perhatikan, mereka mempunyai kuasa bertindak yang PANTAS, SEGERA dan hampir SERTA-MERTA. Prinsip mereka adalah "It's Now or Never!". Begitulah sebaliknya, orang yang lambat berjaya atau gagal, mereka biasanya lembap untuk membuat keputusan, lembap bertindak atau melaksanakan sesuatu keputusan. Faster speed = Faster result!
4. bersyukur - Law of Gratitude. Termaktub di dalam salah satu ayat Al-Qur'an yang maksudnya adalah "barangsiapa yang bersyukur dengan setiap nikmat Allah, maka Dia akan tambah lagi dengan nikmat-nikmat lain". Berdasarkan pemerhatian saya, orang-orang yang suka komplen, tidak sentiasa bersyukur dengan nikmatNya walau sedikit atau banyak, tidak berterima kasih kepada orang yang menyumbang kepada hidup mereka, saya lihat, hidup mereka sentiasa di dalam kesempitan atau kesusahan.... Saya akan explain lain kali kenapa ianya begitu..
5. ikhlas - maksud ikhlas bagi saya ialah bukan sahaja kita buat sesuatu dengan tidak mengharapkan balasan, tetapi kita bersedia untuk memberikan lebih banyak kepada orang lain especially ibu bapa atau orang-orang yang kita sayangi.
6. membuang perasaan dengki/ khianat/ iri hati - ini semua ada sifat-sifat yang akan "memakan diri" mereka sendiri.
7. bersangka baik - hidup ini adalah ujian Allah swt dan Allah swt menilai hati-hati kita. Ramai orang yang tidak berjaya selagi dia selalu bersangka buruk dengan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Bersangka buruk dengan ujian Allah swt, bersangka buruk dengan orang lain.
8. tidak berputus asa- Sesungguhnya rahmat dan nikmat Allah swt amat luas. Bila kita berputus asa dengan apa yang kita lakukan atau usahakan, seolah-olah kita "give-up" dengan rahmat Allah swt.
9. sentiasa istighfar - Ini rahsia penting. Orang yang berjaya akan sentiasa muhasabah diri, menganalisa diri sendiri untuk diperbaiki... Ini juga adalah kunci tarikan kejayaan dan kekayaan
10. menjaga solat - SMI - Sendiri Mau Ingat!
Semoga semua di atas menjadi peringatan untuk diri saya dan kita semua Insya-Allah.
Antara ribuan anak didik Dr, saya masih berharap Dr masih mengingati saya. Kalau Dr tak ingat, nanti saya buat alpha supaya Dr ingat ye, hehee...
Okey, Sebenarnya sy mengambil kesempatan kat sini untuk berbicara & bkongsi secara peribadi tentng bebrapa perkara dgn Dr.
Bukan sekadar testimoni, tapi lebih kpd rasa bersyukur dgn kehidupan yang saya lalui sekrang.
Masalah saya selesai satu demi satu, hampir sattle 100%. Semuanya setelah saya kenali potensi diri saya, mengaplikasikan ilmu2 yg tercurah dari Dr. Bermula dari WRTL hinggalah RKMJ Aug 09.
Tamat WRTL Asas n Lanjutan, proses membina diri. menepis dan memperbaiki kelemahan diri saya praktikkan dari sehari ke sehari. Alhamdulillah, ianya berkesan.Ini kerana setelah mengetahui bidang bisnes yg sy usahakn sgt bertentangan dgn unsur saya. Maka saya cuba mencari jln penyelesaian. Ya Dr., ada benar kajian itu, bahawa sesuatu yg bertentangan dgn unsur kita, membuatkan hidup dan bisnes yang saya lakukan mengalami bnyk tekanan.
Sayang untuk saya lepaskan bisnes yg saya dah melabur ratusan ribu RM. Maka saya gunakan cara yg bijak, seperti saranan Dr. Saya hanya menguruskan dari jauh, dan menggantikan tempat saya dlm syarikat dgn seseorg yg sya percayai. Kebetulan orgnya sgt sesuai dgn ‘besi’ dan Alhamdulillah... usaha itu menjadi!!! Lebih dari itu, masalah, tekanan dan segala kelemahan dpt saya selesaikan dgn mudah. Disokong dgn tip2 lain yg Dr ajarkan, antaranya seperti ubah warna dinding dan lain2 tu. Syukur... saya berjaya selamatkan syarikat dari terus mengalami kerugian... Nau'zubillah.
Kajian yg diajar, ilmu yang diberi, dan teknik saya praktikkan.... Menunjukkan yang saya sgt2 sesuai jika menceburi dlm bidang hartanah. Oh… baru saya tahu!!! Maka, saya berfikir apa salahnya jika sy mencuba sementelah bisness yg satu itu telah saya serahkan kpd org lain untuk uruskannya. Tak senang jika saya hanya duduk dirumah.... saya harus mencari lebih byk kekayaan.!!!
Terlalu asing bidang hartanah ini pada saya. ZERO!!! saya tak tahu apa2. Tapi, dgn kuasa minda dan teknik yg saya ada.... saya cuba pelajari dan mdapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Perbualan dgn seorang kenalan semasa Progran RKMJ lalu, menguatkan keiinginan saya. Idea dan nasihat dari beliau saya terus aplikasikan selepas tamat program. Ya Allah.... peluang dtg tanpa saya jangka! Setelah mendapat seorg mentor yg sesuai dlm bidang ini, saya tidak mmbuang masa & terus melabur utk ikuti seminar khas mengenai ejen hartanah, pendaftaran ejen dan ikuti training2 yang berkaitan.
Alhamdulillah.... Benar Dr.!!! Dalam bidang hartanah ini, segala urusan saya sangat lancar.... ianya benar2 melonjakkan diri saya. Senior agent dan pengarah syarikat pun terkejut dgn pencapaian saya. Berdasarkan sistem dan ilmu yg mentor ajarkan, sehari selepas training saya terus mendapat customer dan close deal untuk menjadi ejen beliau dgn nilai hartanah yang agak tinggi. Mencecah setengah juta RM. Andaikata terjual, komisyennya dalam lingkungan 11K. Selang dua hari selepas itu, saya dilantik oleh seorang lagi pemilik hartanah dengan nilai jualannya lebih kurang yang pertama tadi. Wowwww.....!!!
Sebenarnya Dr, bukan figure itu yg sy nak ceritakan kpd Dr. Tapi.... saya nak bgtau yg ilmu Dr cukup memberi impak kpd hidup saya. Saya anggap semua ini rezeki dan rahmat dari Allah, sememangnya perkara yang satu itu tidak dapat disangkal lagi. Tetapi, bersyukur kepadaNya juga kerana menggerakkan hati saya untuk mengenali, dan menuntut ilmu dari seorang guru. Iaitu Dr Azizan. Seperti dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kami terlalu mengagung2kan Dr, itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya ianya lebih kepada penghargaan kepada insan yang telah membuka peluang dan menunjukkan jalan serta panduan. Titik tolak yang sebenar, adalah dari diri kita sendiri samaada ingin berubah atau tidak. Betul tak Dr??? Jika datang guru yang macamnan bagus sekalipun, tapi kalau kita tak ikut… tak nak beramal dan masih mahu hidup biasa-biasa.. maka jadilah anda seperti yang dulu dan lepas-lepas. Islam sendiri menegaskan, ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah!!!
Tegasnya disini, rasa penghargaan dan syukur saya lebih kepada Allah SWT, temukan saya dengan Dr Azizan. Andaikata saya tak jumpa Dr. Mungkin sehingga sekarang pun saya tak tahu yg saya mmpunyai potensi sgt besar dlm bidang hartanah ini, contohnya.
Dr, dalam bidang ini, ianya seperti permulaan yang sangat baik buat saya. Apa lagi, terus saya memasang impian, saya akan menjadi ROBERT KIYOSAKI MALAYA yang HEBAT.... hehehe… Dr tolong doakan saya ya!
Akhir sekali, terima kasih yg tdk terhingga sekali kpd Dr & krew, semoga kita sama2 berjaya dan di Rahmati Allah. Aminn....
ps : Banyak nyer nak kongsi, tapi adakah Dr sudi???;D
Ikhlas,
Rozila Nawawi, Kajang.
Komen Dr.Azizan:
Terima kasih Rozila kerana memberikan saya kebenaran berkongsi kepada pembaca blog ini dan menyertakan nama penuh dan nama sebenar anda. Ramai orang menyamar zaman sekarang ni di balik nickname. Pembaca boleh search Rozila di facebook sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatannya.
Perkongsian emel peserta yang telah mengorak langkah dan mula merintis kejayaan demi kejayaan adalah dialu-alukan supaya lebih ramai yang akan mempunyai getaran minda yang positif yang dipanggil sebagai Alpha Brain Wave.
The more you give, the more you'll get back!
Tahniah Rozila, semoga anda akan lebih berjaya dan terus berjaya Insya-Allah.