Dr. Azizan Osman, Moderator Seminar Kenali Potensi Diri 2010 . Personal & Business Coaching Program Richworks Resources. Untuk info program kami, sila hantar pertanyaan ke alamat emel kami atau telefon 019/013-2442244.
Semoga anda dan keluarga mendapat kerahmatan dan keberkatan dalam apa sahaja yang anda lakukan dariNya.
Bertahun-tahun anda hidup, sudahkah anda kenali potensi diri anda yang sebenar? Tahukah anda bagaimana mengenali potensi setiap orang di sekeliling anda supaya mudah anda berurusan dengan mereka? Seperti suami atau isteri anda, anak-anak anda, ahli keluarga anda, bos anda, pekerja anda, orang bawahan anda, pelanggan anda serta sesiapa sahaja yang mempunyai tarikh lahir. Sebelum ini anda mungkin telah banyak kali “melanggar dinding”, buat silap, banyak buat perniagaan tetapi belum nampak hasilnya, sudah berjaya atau kaya tetapi ingin mencapai kejayaan atau kekayaan yang lebih bagus lagi, anda tidak nampak halatuju masa depan anda atau anda tidak pasti dengan apa yang anda lakukan. Atau anda ingin mengetahui bagaimana memperbaiki kerjaya, perniagaan serta pendapatan anda?
Nasihat saya, jangan tunggu lagi, peluang keemasan telah tiba kerana bermula hari ini, saya memberikan 100,000 tiket percuma kepada orang ramai untuk menyertai program 1-hari bersama saya iaitu “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010” yang berkonsepkan 1Seminar, 1Malaysia pada masa yang sama menyokong usaha Perdana Menteri menyatu-padukan pemikiran, matlamat dan jatidiri rakyat Malaysia terutamanya anak bangsa kita ke arah memperbaiki taraf kehidupan, nilai diri dan kekuatan ekonomi kita.
Anda perlu bertindak pantas untuk mendapatkan tiket anda serta ahli keluarga dan rakan-rakan anda kerana berdasarkan program yang lepas, tiket-tiket ini akan kehabisan dalam masa yang amat singkat.
Di dalam program 1-hari yang bermula pada penghujung Januari 2010 sehingga April 2010 nanti di kebanyakan negeri di seluruh Malaysia, anda akan mempelajari tentang :-
1.Bagaimana mengenali kekuatan, kelemahan serta potensi diri anda atau ahli keluarga anda melalui kajian tarikh lahir dan teknik kuasa minda jutawan.
2.Anda boleh mengenal pasti punca-punca kegagalan di dalam perniagaan, kerjaya atau hidup serta bagaimana mengatasinya dalam masa yang singkat dengan teknik yang mudah
3.Anda akan belajar bagaimana mencapai impian anda terutamanya untuk berjaya dalam kehidupan serta bagaimana membina kekayaan.
4.Anda juga akan belajar teknik-teknik asas untuk mengaktifkan getaran kekayaan dan kejayaan dalam kehidupan anda serta anak-anak anda.
5.Bagaimana mengatasi masalah “kebocoran wang”, duit senang masuk tetapi senang sangat keluar samada sengaja atau tidak.
6.Anda juga akan belajar tentang kajian tarikh lahir yang wajib dipelajari oleh semua orang terutamanya anda yang ada tarikh lahir tetapi tidak tahu apakah rahsianya.
Apa kata mereka yang telah mengikuti program yang lepas bersama saya:-
“Bagus! Nilai ilmu yang disampaikan amat padat.” Siti Mariam Binti Abdul Rahim
“Pada mulanya saya ragu-ragu untuk mengikuti program ini tetapi saya kuatkan tekad dan selepas mengikutinya saya kagum bilamana saya selama ini tidak pernah memahami peribadi diri saya sendiri. Banyak ilmu yang dapat saya pelajari di sini. Minda saya kini terbuka dengan jelas untuk saya memperbaiki diri.”
Rosmala Dewi Binti Yahaya
“Secara jujurnya ini pertama kali saya mengikuti seminar yang benar-benar membuka minda dan semangat saya. Saya amat berpuas hati dengan seminar ini kerana saya dapat mengenali potensi diri, kelebihan dan kelemahan saya melalui pengiraan tarikh lahir yang mudah.”
Mohamad Najmi Bin Saaid
“Program ini benar-benar luar biasa. Huraian tarikh lahir saya mengikut formula Rahsia Tarikh Lahir Dr. Azizan adalah 98% tepat.”
Rozita Binti Sulaiman
“Program Seminar Kenali Potensi Diri ini sangat gempak! Dengan harga yang sangat-sangat murah, ilmu yang pertama kali saya belajar. Sepatutnya program ini berharga RM20,000!”
Muhd Afiff Bin Kamaruddin
“Meskipun banyak buku-buku mengenai kejayaan diri oleh penulis-penulis barat seperti Anthony Robin, Zig Ziglars dan Bob Proctor telah saya baca, namun pembentangan oleh Dr. Azizan telah banyak menjelaskan lebih dalam lagi konsep the power of positive thinking dan awaken the great within. Sungguh luar biasa!”
Che Zulrahadi Bin Ismail
“Telah dua kali saya mengikuti program Dr. Azizan. Banyak ilmu dan perkara baru yang saya pelajari. Saya amat teruja untuk meneruskan apa yang telah dipelajari bagi manfaat diri saya, suami anak-anak, keluarga, saudara-mara dan mereka yang berada berdekatan dengan saya. Alhamdulillah, saya merasa amat berlapang dada...”
Hamidah Binti Norman
“Terima kasih dan well done Dr! Saya telah mempelajari teknik kiraan tarikh lahir dan juga mempraktikkannya. Semua kenalan dan saudara-mara setuju mengatakan ianya adalah 99% benar. Dari hari ini apa yang saya perlukan ialah positif dalam semua kelakuan saya.”
Norzanah Binti Abd Manaf
“Setelah mengikuti program Dr. Azizan, saya dapati program-program Dr.Azizan bukan sahaja menjurus pada kewangan sahaja tetapi turut menyentuh tentang kerohanian, akhlak, budi pekerti, hidup bersosial dan pelbagai aspek kehidupan yang lain. Program ini mengubah perspektif saya tentang wang dan juga mengubah maksud kekayaan dalam impian saya.”
Azman Bin Abdullah
Bagaimana untuk mendapatkan tiket anda?
Dapatkan daripada ejen-ejen tiket kami yang terdekat dengan tempat anda. Anda boleh rujuk senarai wakil-wakil tiket kami seperti diiklankan setiap hari (Selagi tiket masih ada) di Metro Ahad/Harian Metro atau di laman web http://www.skpd2010.com atau hubungi 019/013-2442244/019-2442400.
Berapakah kos/yuran untuk menyertai program ini?
Yuran sebenar kursus ini adalah sebanyak RM495.00 untuk program 1-hari bersama Dr.Azizan Osman tetapi ianya adalah PERCUMA bagi anda yang mempunyai tiket=tiket percuma yang diberikan oleh penganjur iaitu Richworks Resources dan didaftarkan di laman web kami. Anda hanya perlu membayar RM50 kos pengurusan dan pendaftaran. Pihak kami juga akan menyumbangkan sebahagian daripada yuran pengurusan ini kepada beberapa badan kebajikan terutamanya tabung bencana alam. Sekiranya anda tidak mempunyai tiket dan ingin menyertai program ini selepas ini, yuran anda adalah RM545 seorang.
Bertindak sekarang! Anda wajib tahu rahsia diri anda bukan?
Berjumpa dengan saya di dalam program “Seminar Kenali Potensi Diri-Revolusi 2010” nanti. Selamat Menyambut Maal Hijrah, semoga anda akan lebih berjaya bila anda mempunyai ilmu, mentor dan sistem yang betul.
Dr.Azizan Osman
Comment
1.
sy sggh berpuas hati sepanjang kursus di jlnkan.sy dpt mengenali kelemahan diri sendiri,sy lebih bersemagat untuk menempuh segala cubaan yang akan sy tempuhi dimasa akan datang.jutaan terima kasih sy buat semua yang terlibat dlm seminar ini.terima kasih yg tak terhingga buat DR AZIZAN. - by hazlina, 2010-05-27, 5:24 PM
2.
Tahniah kepada Dr. Azizan yang telah berjaya membuka minda para peserta yang selama ini mencari-cari teknik atau cara-cara untuk mengatasi masalah 'kebocoran'wang yang dialami oleh kebanyakan orang termasuk diri saya. Setelah mengikuti program selama sehari, saya berasa begitu teruja dan bersemangat serta yakin dengan kaedah yang diajar. Dengan mengetahui rahsia disebalik nombor tarikh lahir, kita dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri untuk membuat perubahan besar dalam hidup. Tahniah sekali lagi kepada Dr. Azizan Osman.
- by Joerizaan Johari, 2010-04-26, 3:40 PM
3.
assalamualaikum
Bagaimana saya boleh dapatkan buku 'Tak kenal maka tak kaya'? tak ada pun masa seminar? - by sharif mohd hafiz bin sharif hasan, 2010-04-21, 5:32 PM
4.
ASSALAMU'ALAIKUM,
SAUDARA AZIZAN, ADAKAH SEMINAR BERTARIKH 25 APRIL DI KUALA LUMPUR ADALAH YANG TERAKHIR BAGI TAHUN 2010??
INI BERMAKNA SEKIRANYA SAYA TAK DAPAT HADIR, SAYA PERLU MENUNGGU TAHUN DEPAN (2011?)
SAYA SANGAT BERMINAT DAN SELALU TERHALANG UTK MENGHADIRI SEMINAR SAUDARA,
SAYA YAKIN SAYA AKAN SAMPAI JUGA KE SEMINAR SAUDARA SATU HARI NANTI,
SAYA INGIN TAHU APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TUAH SELEPAS 45 TAHUN, (MENURUT PERISIAN YANG SAUDARA BERIKAN SECARA PERCUMA DI SINI) DAN BAGAI MANAKAH MEMBACA ARAH KEJAYAAN DALAM PERISIAN TERSEBUT...
TARIKH LAHIR: 26021985
ELEMENT: LOGAM 6 - by MOHAMAD NUR AIMAN BIN MOHAMAD ZOKI, 2010-04-21, 1:40 PM
5.
kini sy lebih yakin, tq and keep it up! - by Nurul Asma Mat Karim, 2010-04-06, 10:56 PM
6.
Assalammualaikum,dr azizan saya ingin tahu macam mana nk berbual dengan dr sendiri kat net.Saya dah pernah pergi program dr,puas rasanya denga dr berckp.klau bolih nk pergi lagi tapi keadaan tk iziznkan.Terima kasih sebab dengan ini ramai orang islam dpt maju ke hadapan.
- by alam, 2010-04-06, 10:19 AM
7.
alhamdullilah kerana saya telah dapat menghadirkan diri untuk berjumpa mentor dan menimba ilmu yang tidak ternilai harganya.melalui seminar pada 20/3/2010 tempoh hari saya telah mengalami satu perjalanan ilmu yang sepatutnya saya telah temui setahun yang lalu.tapi alhamdulillah rasanya belum terlambat lg untuk saya merubah diri setelah menimba ilmu dari dr azizan.yang penting focus dan buat kerja sampai habis saya x nak byk tapi nak semua.terima kasih doktar. - by darul ridzuan ahmad, 2010-03-26, 11:37 PM
8.
Salam,
saya ingin tahu. Saya telah pergi ke seminar yang satu hari itu.Saya diberitahu oleh kawan-kawan yang telah datang menghadiri tentang seminar Dr.Ada yang untuk intensif kelas. Boleh saya tahu berapa dan Bila untuk intensif kelas itu.Bukan yang 2 hari (saya akan hadirinya pada 13 dan 14 april insyaalah) tetapi yang lanjutan daripada itu (saya ingin membuat budjet saya).
sekian terima kasih - by roazian, 2010-03-14, 5:36 PM
9.
Assalamualaikum Dr.Azizan
Saya mengikuti seminar Dr Azizan di Kuantan baru-baru ini bersama 2 orang adik beradik saya. Alhamdullilah saya rasa seperti baru mengenali diri saya. Untuk pengetahuan Dr. saya sudah berumahtangga dan saya seorang yang mudah melenting dan kurang sabar. Apatah lagi saya mempunyai no.1 dalam tarikh lahir saya dimana saya sangat mementingkan kesempurnaan dalam serba serbi membuatkan kehidupan saya dan suami sangat panas. Kami sentiasa bertengkar walaupun saya puas berazam untuk mengubah sikap negatif saya.Tapi sekarang selepas saya mengikuti seminar Dr saya mendapat semangat baru yang mana saya sdh mengenali sifat suami saya dan sikap saya sendiri. Untuk pengetahuan Dr sehingga ke hari ini kehidupan saya dan suami lebih baik dan suami saya mengakui saya lebih memahami dan penyabar. Saya sangat berminat untuk meneruskan seminar IMKK tapi memendangkan anak saya masih kecil dan menyusu badan maka saya mewakilkan 2 orang adik saya megikuti seminar 2 hari bersama Dr di Johor Bahru pada April ini. Terima Kasih Dr kerana meyedarkan minda saya untuk lebih positif dalam kehidupan saya. - by KHarul Azira Binti Abas, 2010-03-10, 10:23 AM
10.
Assalamualaikum wbkth...tarikh lahir saya 4.6.1963. Adakah perniagaan Pusat Dialisis sesuai untuk saya atau tidak. Pusat Dialisis ini didaftarkan dibawah syarikat sdn. bhd. Pengarah adalah 3 orang iaitu saya (pegang syer 85%, Dr. Zaliros Fadzli bin Osman No. k/p 680429-08-5177 (syer 10%) dan Puan Zinab bt. Lope Ahamad No. k/p 501027-08-5450 (syer 5%). Untuk makluman tuan pusat dialisis ini masih belum beroperasi lagi kerana menunggu kelulusan/lesen daripada kementerian Kesihatan Malaysia. Mohon tuan bagi komen tentang perkongsian ini & tindakan yang perlu dibuat. Terima kasih. - by ULUL AZMI ABDULLAH, 2010-03-10, 2:11 AM