|
|
| Kembali ke semua blog | Blog 24 of 42 | Prev Next |
|
|
Siapa Yang Sesat? Yang kenal diri atau yang tidak kenal diri?
Papar pada 2010-01-08 , 3:19 PM
Salam semua,
Rahsia Tarikh Lahir kaedah sains tingkah laku manusia terbaru! Itulah yang akan anda pelajari daripada program terbaru 2010 yang saya telah lancarkan beberapa minggu lepas.
Selain daripada anda akan dapat meningkatkan tahap motivasi diri, ia akan membantu anda membongkar kekuatan, kelemahan serta potensi diri anda.Terima kasih kepada semua anda yang telah memberikan sokongan juga tidak lupa kepada pengkritik saya yang ibaratnya sama dalam hidup ini seperti kata arwah mursyid saya, "Bila kita mahu buat sesuatu kebaikan dengan niat yang betul, Insya-Allah Allah swt akan bantu dan permudahkan tetapi tetap akan ada bisikan-bisikan syaitan yang bertopengkan manusia yang akan cuba untuk memesongkan niat kita tersebut!"
Suatu yang tidak perlu dipersoalkan lagi, kaedah kajian tarikh lahir ini tidak ada kena mengena dengan horoskop, bintang 12, ramalan nasib atau tilik nasib dan seumpamanya. Daripada lebih 22,000 orang yang telah menyertainya tahun lepas 2009, ramai juga yang attend adalah dari golongan professionals, Imam masjid negara Ustaz Azhar dan ramai lagi mereka yang berlatar belakangkan pendidikan agama. Kenapa kita perlu dengar pandangan orang yang tidak pernah sertai program ini dan hanya mendengar cakap-cakap orang? Sebab itulah ramai yang tidak berjaya lagi dalam hidup. Sebab itu ramai yang masih di takuk lama. Sebab itu ramai yang tidak dapat mengorak langkah ke depan kerana mereka lebih rela dengan cakap orang daripada mengetahuinya sendiri, mendengar sendiri atau saksikan sendiri samada ianya betul atau tidak.
Untuk Workshop Rahsia Tarikh Lahir-Seminar Kenali Potensi Diri Revolusi 2010 di Kuala Lumpur pada 30 Januari 2010. Saya telah mengundang beberapa tokoh agama serta mufti sebagai pemerhati untuk program saya. Saya juga telah mengundang beberapa pendakwah terkenal untuk menyertai program saya. Apa yang saya akan lakukan adalah saya telah mendapatkan khidmat nasihat professional, melantik beberapa panel nasihat shariah serta khidmat peguam untuk menyediakan bahan-bahan bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang membuat tuduhan palsu dengan niat menghasut atau memburukkan nama saya.
Point saya ialah kaedah ini adalah kaedah sains metafizik dan nilai sendiri tentang ketepatannya dengan hadir sendiri di dalam program saya nanti. Kata bijak pandai, kenali diri kita baru kita dapat mengenali Tuhan dan tampak kehebatan yang Maha Kuasa.
Siapa yang kenali potensi diri dia atau kenali matlamat hidupnya, macamana dia nak jelas dengan halatuju hidupnya? Tak ke possibly sesat nanti?
Kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat serta software kiraan tarikh lahir. Anda boleh dapatkan percuma di www.skpd2010.com.
Dr.Azizan Osman
| |
| Comment
| | 1. | tarikh lahir saya 13/11/1972 nak tahu potensi diri - by siti haminah binti sulaiman, 2010-04-13, 11:27 AM
| | 2. | salam..saya baru lepasan spm.msalah saya ialah saya tidak tahu ke mana arh tuju saya selepas spm ny..and tidak tahu ape bakat yang saya ada dan cita-cita yang perlu saya kejar??alhamdulilah result saya bagus..tapi saya tidak tahu bidang apa yang perlu saya belajar..please help me?? - by virah, 2010-04-08, 1:05 PM
| | 3. | Isu Sebenar
Isu sebenar yang perlu dikaji dengan teliti ialah adakah tarikh lahir boleh menjadi sebab-akibat sunnatullah kepada personaliti diri?
Maksudnya, oleh sebab orang sekian lahir pada tarikh sekian, akibatnya beliau akan berpersonaliti sekian.
Adakah itu ketentuan Allah yang telah tersurat untuk semua manusia? Kalau terbukti "YA", maka rahsia tarikh lahir boleh diterima. Kalau "TIDAK", maka ianya tertolak.
Cadangan Cara Kajian
Jika para pengkaji rahsia tarikh lahir bersetuju dan sudi, kita ingin mereka kaji juga:
* tarikh lahir kaum primitif di tengah hutan beberapa negara.
* tarikh lahir tokoh-tokoh di awal, pertengahan dan sebelum munculnya kalendar masihi, hijrah, cina dan sebagainya.
* tarikh lahir orang sakit jiwa di beberapa negara.
Adakah pola nombor yang mereka claim ada persamaan antara individu itu juga wujud merentasi sempadan waktu, geografi, tamadun dan kewarasan akal? - by al-fikrah, 2010-04-07, 10:21 PM
| | 4. | saya ingin memgetahui rahsia nama dan tarikh lahir boleh ke?tarikh lahir saya 3.5.68.itu saja... - by junenaini bt bunari, 2010-03-22, 9:38 AM
| | 5. | Alhamdulillah saya telah menghadiri kursus SKPD dan juga IMKK di hotel regency kg baru KL. Dari kursus IMKK saya telah mengenal pasti kerjaya dan perniagaan yg sesuai dgn sifat saya iaitu KAYU yang mana sesuai dgn biz TANAH.
Untuk makluman Dr, saya sekarang bekerja sebagai akauntan yg mana sesuai dgn kerjaya TANAH dan juga menjalankan perniagaan makanan dan tudung. Makanan dlm kategori API dan memang terdapat banyak masalah. API adalah no bakat saya. Manakala biz tudung saya adalah kategori NAIK TANGGA, yang mana tidak menimbulkan byk masalah (tetapi tidaklah highway) dan saya juga amat meminati biz ini. Soalan saya :
1) Untuk menjadikan biz tudung saya NAIK LIF ORG ANGKAT, bolehkah saya merancang utk memasukkan partner dari katergori org BESI ( 1 + 9 = 10)?
2) Jika boleh, sejauh manakah penglibatan partner ini. Adakah sekadar mendaftarkan namanya sebagai rakan kongsi dlm Sijil SSM sudah memadai?
3) Sejauh mana penglibatan rakan kongsi ini, adakah dia juga perlu turut turun padang?
Kalau boleh saya hanya mau penglibatan rakan kongsi ini setakat di atas nama saja (sijil ssm). Manakala cara pengendalian biz ni dan untung rugi di pihak masing-masing.
Saya harap Dr dpt memberi penjelasan tentang kekeliruan ini kerana saya ingin bertindak segera.
- by EKIN, 2010-03-15, 4:06 PM
| | 6. | bila program ni ada buat di kuching sarawak ? - by azah, 2010-03-11, 3:52 PM
| | 7. | assalamualaikum,dr saya nak tahu keistimewaan tarikh lahir saya ini nombor tarikh lahir saya 7/11/1998. - by nor aqilah binti mohd zain, 2010-03-08, 4:12 PM
| | 8. | buatlah seminar d kota kinabalu pasti sambutannya amat mengalakkan - by suria, 2010-03-08, 1:08 PM
| | 9. | assalamualaikum dan selamat pagi DR, tolong saya sekarang banyak sangat aura negatif sejak saya berhenti kerja. SO MACAMANA SAYA HENDAK MULAKAN LANGKAH JIKA BANYAK SANAT AURA NEGATIF TERUTAMA DARI KELUARGA.
TQ. - by mohd sharifuddin bin mokhtar, 2010-02-19, 11:14 AM
| | 10. | adakah ceramah2 ini hanya untuk org dewasa shj.kalau utk pljr sek menengah sesuai atau tdk utk hadiri? - by berminat, 2010-02-14, 9:29 PM
|
|
|
|
|
|
|