BERAPA RAMAI DARI ANDA YANG BERSEDIA UNTUK REVOLUSI 2010?
Papar pada 2009-08-30 , 2:04 PM
 Salam semua
Ketika saya menulis blog ini, saya berada di Johannesburg. For the past 2 weeks, saya berada di Cape Town, Johannesburg dan Mauritius untuk "recharge" dan pada masa yang sama melawat guru-guru saya di sini seperti Terry Winchester, founder MindFrame Technique Alpha dan Delta programming yang saya selalu share dengan anda. Saya juga berkesempatan mengulangkaji ilmu saya dengan Dr.Douglas Forbes, pakar sains metafizik di dalam kajian "Human Pin Code". Sebagai Certified Master Practitioner, saya akan berkongsi dengan ramai daripada anda selepas ini tentang technology baru ini. Dr.Douglas telah menjalankan kajian lebih 20 tahun dan merekodkan lebih 20,000 rekod dan pattern tentang watak manusia berkaitan dengan nombor. Ketepatan huraian watak-watak yang dibuat melalui kaedahnya adalah setinggi 98%. Cuma kaedah pengiraannya adalah berbeza dan Dr.Douglas adalah pemegang paten kajian "Human Pin Code" ini.
Kegunannya adalah sebagaimana teknik kiraan nombor-nombor tarikh lahir yang saya ajarkan iaitu untuk mengkaji kekuatan, kelemahan, potensi dan bakat seseorang supaya seseorang itu dapat menggunakan dan menguasai potensi dirinya yang sebenar.
TILIK NASIB?
Saya ingin membuat penjelasan tentang ada sesetengah "mangkuk" yang tak faham maksud perkataan "tilik nasib"... Walaupun kaedah saya tidak terlibat langsung dengan meramal nasib atau menilik nasib, tetapi ada beberapa orang yang tidak pernah attend program saya tetapi berani bersuara memberikan pandangan tentang program saya. Saya ingin membuat penjelasan ini dan saya akan mengambil tindakan undang-undang selepas ini kepada mana-mana individu yang memberikan komen ikut sedap hati dia.
Biar saya jelaskan sekejap. Kajian tarikh lahir saya... Baca betul-betul, kajian tarikh lahir saya (Saya tidak pasti dengan kajian tarikh lahir orang lain yang anda baca atau terjumpa atau dengar selain daripada saya).
Kajian tarikh lahir saya adalah purely based on research of human science behaviour. Saya kumpulkan maklumat ini for the past 10 years melalui test and measure, interviewing process ke atas lebih 5,000 individu.
Apa yang kita kaji? Kita tak kaji seseorang itu akan datang mati kena langgar trailer ke, meramal masa depan dia esok dia kaya ke, miskin ke, kita tak kaji dia kahwin dengan anak raja ke, itu semua TIDAK!
Apa yang kita kaji? Pernah dengar teknik profiling? Teknik yang digunakan oleh kaunselor untuk mengenal pasti watak-watak seseorang? Samalah teknik yang saya gunakan... Cuma saya mengkaji korelasi di antara seseorang itu mempunyai tarikh lahir bernombor 1, adakah sama pattern mereka? Sekiranyan bernombor 2, adakah sama watak mereka dan seterusnya.
Melalui kajian itulah, saya dapat himpunkan satu kesimpulan yang korelasi amat kuat di antara satu-satu nombor itu dengan watak-watak yang mereka ada... WATAK... bukan masa depan....
Di dalam science of success dibawah konsep NLP. Anda akan dapati tentang persamaan watak-watak orang yang berjaya dengan orang yang kurang atau tidak berjaya.
Apa yang saya buat ialah, saya bantu peserta saya untuk mengenal pasti watak-watak yang membantu mereka untuk berjaya dan saya tunjukkan bagaimana mereka boleh mengawal watak-watak mereka yang tidak membantu mereka untuk berjaya di dalam hidup.
Sekiranya mereka membuat perubahan tersebut which ada kaitan dengan the science of mind. Maka lebih mudah mereka akan bergerak ke arah kejayaan....
Kajian saya di dalam sains metafizik adalah berkaitan dengan getaran serta frekuensi. Saya dapati yang seluruh solar sistem dan persekitaran mempunyai getaran-getarannya tersendiri. Dan ianya adalah relevan kepada orang yang mengkajinya, sekiranya anda tidak pernah mengkajinya atau tidak ada ilmu mengenainya, jangan komen, kerana anda bukan ahli dalam bidang ini.
Saya dapati yang sekiranya anda yang selalu gagal, kurang berjaya, selalu kerugian... Anda sebenarnya mempunyai penetapan frekuensi atau getaran yang kurang tepat pada minda anda dan diri anda... Sebab itu saya akan bantu anda untuk mengubah getaran tersebut kepada getaran kejayaan...
Sebab itu saya cakap, kalau anda tidak pernah attend program saya, anda sebenarnya tidak akan nampak apa yang saya ingin sampaikan... Jadi janganlah buang masa saya untuk memberi remarks yang tidak support minda anda.
TAJUL MULUK
Ini satu lagi situasi yang menarik yang saya ingin berkongsi. Di dalam program saya, saya ada berkongsi tentang satu kajian berkaitan getaran element, tetapi ianya langsung tidak ada kena mengena dengan Tajul Muluk. Sebagaimana satu komen dari seorang yang bukan peserta saya yang tidak pernah attend program saya dan bertanya adakah benar saya mengajar tentang Tajul Muluk sedangkan fatwa Majlis Agama Islam mengharamkan buku itu. Saya ingin katakan yang saya tidak percaya kepada sesuatu yang tidak berasaskan sains dan fakta. Saya tidak pernah lihat kitab ini dan saya tidak berminat untuk melihatnya langsung. Jangan buang masa saya!
Saya dapati secara umumnya, umat Islam kurang mengkaji lebih dalam tentang sesuatu perkara. Kita hanya penerima as it is.
Saya pernah berkongsi dengan anda di dalam salah satu artikel Metro Ahad saya dulu tentang Galileo. Dia telah mencipta alat untuk melihat bintang dan bulan. Ketika itu, pihak yang kuat agama menentang dia dan menafikan apa yang dia cakap bahawa bumi sebenarnya mengelilingi matahari. Sedangkan pihak kuat agama mengatakan matahari yang mengelilingi bumi.... Dia even dihukum bunuh atas statement dia itu.
Tetapi pada tahun 1991, Pope John Paul 11 telah mengesahkan statement Galileo itu dan meminta maaf di atas kesilapan gereja.
Jangan, jangan terus menolak satu benda atau ilmu yang kita belum tahu... Kita pun jangan terus terima.
Sebab itulah, saya adakan program saya yang lepas untuk memberikan semua orang peluang untuk mengenali diri mereka, kekuatan mereka, kelemahan mereka untuk kejayaan diri mereka sendiri.
PERINGATAN Satu peringatan dari saya ialah.... Jangan belajar tanpa guru yang betul! Membaca itu bagus, tetapi hati-hati kerana anda mungkin salah faham dan ianya memesongkan anda!
Saya akan melancarkan program baru saya tidak lama lagi..... Siapa yang berminat, pastikan anda adalah subscriber newsletter artikel metro ahad saya dan anda akan dapat info tersebut terlebih dahulu.
Saya akan mengajar anda mengenal pasti watak-watak tarikh lahir anda dan "The Secret of Human Pin Code" secara PERCUMA.
Anda berminat?
Dr.Azizan Osman Mentor Kekayaan & Kejayaan
P/S Untuk jadi berjaya dan kaya tu senang sahaja sebenarnya... Yang susah ialah merobohkan ego anda yang cakap nak kaya atau berjaya, tetapi pada masa yang sama suka bertangguh, memberikan 1001 alasan untuk BERTINDAK SEKARANG!
Dr.Azi
|